This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 2 November 2016

tutorial shawl


Tuesday, 11 October 2016

koleksi tudung


tudung jelitasara x lazada

tudung jelitasara x lazada2
Tudung Sara Irma – Instant Shawl
tudung jelitasara x lazada3
Tudung Sara Blossom (Instant Shawl)
tudung jelitasara x lazada4
Tudung Sara Leesa Instant Shawl
lazada tudung

Tip kelihatan lebih cantik dengan tudung yang sesuai pada wajah anda



Nota Editor: Artikel tip pilih tudung ini asalnya dikeluarkan oleh Harian Metrodan kami kongsikan di sini dengan penambahan gambar supaya imaginasi anda berkembang.
Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah
1. Bentuk wajah bujur (Oval)
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria
Gambar dari  Tudung People
2. Bentuk muka panjang (Long)
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Gambar dari Sugarscarf
3. Bentuk muka bulat (Round)
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
Gambar dari  Radiusite
4. Bentuk muka berpetak (Square)
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
Gambar dari imaanboutique
5. Bentuk segi tiga (Heart)
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Tips memilih busana muslimah yang sesuai dengan bentuk tubuh



Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Bagi wanita muslimah paling penting anda memilih busana muslimah yang mengikut garis panduan syarak.

Tips Memilih Busana Muslimah :

* Pakaian itu hendaklah menutup aurat
* Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
* Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Jika pakaian itu jarang, anda harus memakai pakaian dalam untuk mengelakkan bayangan ttubuh badan
*Pakaian itu hendaklah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. 
* Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
* Pakaian tidak menyerupai lelaki


Dalam memperkatakan mengenai fesyen yang sesuai untuk muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian. Pelbagai jenis busana muslimah yang ada dipasaran seperti baju kurung, jubah, tunik, blouse atau tunik yang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh untuk anda pilih.




Walau bagaimanapun, busana muslimah harus disesuaikan dengan bentuk tubuh, supaya kekurangan kita dapat ditutupi.

Berikut ini adalah beberapa tips ringkas untuk memilih busana muslimah agar sesuai dengan bentuk tubuh:

Tubuh tinggi 
Wanita muslimah yang mempunyai  tubuh yang tinggi sesuai memakai pelbagai jenis busana muslimah dari jubah, tunik hingga ke paduan blouse dengan skirt atau seluar panjang. Untuk menaikkan seri penampilan anda, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang supaya penampilan anda  kelihatan lebih cantik dan lebih manis.

Tubuh kecil 
Wanita muslimah yang bertubuh kecil seeloknya elakkan diri daripada memakai jubah yang besar kerana ia akan menampakkan tubuh anda kelihatan seakan tenggelam. Sebaiknya anda memakai blouse yang panjang atau tunik labuh paras lutut dan dipadankan dengan seluar straight cut. Pakai tudung atau selendang dengan warna yang senada agar penampilan anda kelihatan cantik dan sopan.

Tubuh berisi 
Untuk tubuh berisi, pilih blouse dan seluar wide leg. Dengan blouse muslimah ini anda akan kelihatan lebih langsing. Pilihlah warna gelap untuk memberikan ilusi dan menyamarkan bentuk tubuh anda. Pilih tudung atau selendang yang tidak berlayer untuk menghindari efek penuh pada penampilan anda. Anda juga boleh memilih corak yang simple seperti garis-garis lurus atau corak abstrak yang berbentuk kecil supaya anda kelihatan langsing dan tidak berisi.

Ingat kecantikan dari dalam harus ditambahkan kecantikan luaran dengan menggunakan fesyen yang sesuai. Kecantikan bukan hanya  dari wajah saja namun boleh juga dilihat dari penampilan yang sesuai. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

kenali jenis-jenis kain



1.           COTTON

Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya
⦁    nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan
⦁    kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
⦁    kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
⦁    noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
⦁    boleh dicuci atau di dry clean
⦁    tidak mudah kusut saat dicuci
⦁     apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat. 

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

i.    Cotton Jepun (Japanese Cotton)
Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti

⦁     dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
⦁    daya menyerap keringat lebih bagus.
⦁    harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
⦁    permukaan kain lebih halus.
⦁    warna lebih awet dan tahan lama.
⦁    sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya



      ii.      Cotton Paris
Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

     iii.     Cotton Silk
Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :
⦁    permukaan kain lebih mengkilap.
⦁    harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
⦁    daya serap keringat paling rendah.
⦁    warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

     iv.   Cotton minyak
Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).
⦁     harga sama dengan cotton biasa.
⦁    daya serap keringat yang baik
⦁    kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

  v.  Cotton biasa
⦁    motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
⦁     harga lebih murah.
⦁    daya serap keringat sederhana bagus.
⦁    warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun


 2.             JACQUARD

Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit


3.             CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe. 

4.             RAYON

Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.


5.             KAIN ORGANZA

Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.

6.             KAIN CHIFFON 

Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.
Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:
  • Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.
  • Chiffon Goldline
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.
  • Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

  • Double Chiffon
Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.
  • Chiffon Plain 
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.
  • Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.
  • Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.
  • Chiffon Tribal
Mempunyai motif bercorak tribal
Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.
Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.


7.             KAIN SATIN

Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin. 

8.             POLYESTER

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.

Antara ciri-ciri lainnya :

⦁        Bahan terasa panas dibadan. 
⦁    Tidak menyerap keringat.
⦁    Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda. 
⦁    Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
⦁    Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

  

9.             SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau.

Antara ciri-ciri lainnya :    
⦁    Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
⦁    Menyerap keringat
⦁    Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

10.         VISCOSE

Antara ciri – cirinya: 
⦁    Terasa lembut dan dingin di kulit 
⦁    Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
⦁     Menyerap keringat
⦁    Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam
⦁    Boleh dicuci atau di dry clean
⦁    Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent


11.         LINEN

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress

Antara ciri-ciri lainnya :
⦁    Bahannya kaku dan dingin.
⦁    Permukaan kain agak kasar
⦁    Menyerap keringat.
⦁     4x lebih lasak dari cotton
⦁    Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
⦁     Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12.         SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13. LYCRA
Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

14. WOOL PEACH

Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun,sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebeabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.